Monday 14 November 2011

MBMMBI


Satu lawatan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan pada 3 November 2011 (Khamis) bagi memantau Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Sebanyak 3 buah sekolah terpilih dalam Negeri Melaka iaitu SK Simpang Empat, SJK(C) When Hwa dan SK Bukit Baru. Lawatan beliau telah dimulakan dengan taklimat daripada GPK HEM yang mewakili Guru Besar yang terpaksa berkursus di Johor Bahru.
Selepas itu, beliau telah melihat sendiri proses P&P MBMMBI yang telah dijalankan di Makmal Komputer dan akhir sekali di Pusat Sumber yang menjadi tempat rujukan guru-guru dan murid-murid bagi program tersebut.
Diharap program yang dilaksanakan berjaya dan dapat memartabatkan Bahasa Malaysia di persada dunia selain mempertingkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan warga Malaysia khususnya murid-murid di sekolah.